LONDON: Pep Guardiola dilaporkan memberitahu individu rapat dengannya beliau berminat untuk mengendalikan skuad England selepas meninggalkan Manchester City.
Pengendali dari Sepanyol berusia 55 tahun itu menamatkan era sedekad di Stadium Etihad dengan kekalahan 1-2 di tangan Aston Villa pada hari terakhir musim.
Guardiola meninggalkan City selepas meraih 20 trofi sepanjang tempoh berkenaan dan kini sedang menilai hala tuju seterusnya dalam kariernya.
Menurut laporan, bekas pengendali Barcelona itu terbuka untuk mencabar diri menguruskan pasukan kebangsaan pada masa depan, dengan jawatan England berada dalam radar beliau.
Seorang wartawan Sky Sports, Jack Gaughan berkata Guardiola masih berkemungkinan berubah fikiran mengenai masa depannya.PauseNextMute
Beliau berkata terdapat petunjuk Guardiola mungkin sudah memikirkan fasa akhir karier pengurusan kelabnya.
Bagaimanapun, Guardiola dikatakan mahu merasai pengalaman membimbing pasukan pada kejohanan antarabangsa, khususnya Piala Dunia.
Pengendali itu sebelum ini menikmati kejayaan besar di peringkat kelab dengan enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama City, tiga gelaran La Liga bersama Barcelona dan tiga Bundesliga bersama Bayern Munich.
Namun beliau masih belum pernah mengendalikan pasukan pada kejohanan antarabangsa.
Jika benar berminat, Guardiola perlu menunggu kerana pengendali England ketika ini, Thomas Tuchel, baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak sehingga Euro 2028.
England kini sedang membuat persiapan ke Piala Dunia bersaing dengan Croatia, Ghana dan Panama di peringkat kumpulan. – AGENSI

