Tragedi kehilangan pendaki wanita di Gunung Batu Putih baru-baru ini bukan sahaja meraih perhatian ramai, malah keadaan sebuah jambatan uzur di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu turut menjadi bualan netizen.
Menerusi video yang tular memaparkan lokasi penemuan Jaslinda, kelihatan keadaan jambatan kayu di kawasan tersebut berada dalam keadaan uzur dan dipercayai menjadi laluan harian penduduk kampung berkenaan.

“Saya akan turun ke kampung itu dalam sehari dua ini untuk melihat sendiri keadaan jambatan dan berbincang dengan Tok Batin mengenai keperluan sebenar penduduk,” katanya.
Menurut beliau, sekiranya terdapat keperluan mendesak, pihaknya akan berusaha membantu mengemukakan permohonan bagi pembinaan jambatan baharu demi keselesaan dan keselamatan penduduk.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah berkata jambatan tersebut dibina kira-kira dua tahun lalu menggunakan bahan asas seperti papan dan buluh.
Sumber :- Beatifulnara