‘FIFA sekali lagi melakukannya buat Messi’

LONDON: Penyokong bola sepak mendakwa bahawa kejohanan berkenaan ‘ditipu’ bagi membolehkan Lionel Messi mengetuai Argentina bagi mencipta kegemilangan.

Tonggak Inter Miami berusia 39 tahun itu akan berdepan pasukan kerdil, Cape Verde pada aksi pembukaan pusingan kalah mati.

Dan Argentina, yang meneruskan rentak kemenangan mereka dengan menewaskan Jordan semalam, dijangka akan menentang pemenang membabitkan Australia dan Mesir jika mereka berjaya mengelak kekalahan memalukan.

Pencabar utama pasukan Amerika Selatan selepas itu dijangka Colombia, walaupun Switzerland, Algeria atau Ghana juga berpeluang.

Ia bermakna Argentina tidak akan berdepan negara yang sebelum ini pernah menang Piala Dunia sehingga separuh akhir, ketika mereka boleh menentang England atau Brazil.PauseNextMute

Negara seperti Perancis, Jerman, Sepanyol dan Portugal berada dalam undian yang lain, bermakna Messi tidak akan menentang mereka hingga final.

Dan peminat menggunakan media sosial selepas menyedari Argentina boleh mendapat laluan mudah bagi mempertahankan mahkota mereka.

Seorang daripada mereka berkata: “Saya tidak berkata ia ‘ditipu’ tetapi bagaimana hanya Brazil dan England menjadi lawan yang sukar buat Argentina? Tampak Argentina sekali lagi mendapat laluan yang mudah.

“Sementara itu Jerman, Sepanyol, Maghribi, Portugal dan Perancis berada di undian sebelah lagi, laluan paling sukar ke final. FIFA sekali lagi melakukannya buat Messi.” – AGENSI