KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mencadangkan, supaya struktur gred jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikaji dan disusun semula bagi memastikan ia lebih selaras dengan tanggungjawab serta beban tugas pasukan itu.
Beliau berkata, cadangan itu bukan dibuat kerana bakal bersara, sebaliknya pernah disuarakan secara terbuka kepada Menteri Dalam Negeri kira-kira dua bulan lalu dalam satu majlis Wira MADANI di Kuantan.
“Saya kata perlu ada pembetulan balik, disusun balik, ada sedikit kekhilafan ataupun ketidakteraturan struktur PDRM.
“Kalau tengok Ketua Polis Negara adalah Turus 2, Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) Jusa A. Sepatutnya DIG ini Turus 3, Pengarah Jusa A semua, Ketua Polis Jusa B, barulah dia selari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) hari ini.
Ayob Khan berkata, struktur PDRM juga tidak wajar dibandingkan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana kedua-dua organisasi mempunyai fungsi dan keperluan yang berbeza.
SUMBER : TV3
Baik, baik ada makna tu..

