TEHRAN: Tentera Iran menyerang sebuah dron tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang didakwa cuba memasuki Selat Hormuz, menurut Tehran, hari ini, beberapa jam selepas menyasarkan kapal sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas tiga kapal tangki.
Pusingan pertempuran terbaru itu – yang bermula dengan serangan AS pada minggu lalu – meletus di tengah-tengah perang yang sudah berlarutan selama kira-kira enam bulan.
Tehran meneruskan penguasaannya di Selat Hormuz, manakala Washington melancarkan sekatan ke atas pelabuhan Iran serta meningkatkan sekatan terhadap ekonomi Iran.

