ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala 25 lagi cedera dalam serangan bom bunuh diri yang menyasarkan sebuah masjid di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, hari ini, menurut polis dan pasukan penyelamat, lapor Xinhua.
Insiden berlaku di daerah Kohat apabila pengebom merempuh masuk ke dalam masjid yang terletak di kompleks kediaman polis menggunakan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, menurut Polis Khyber Pakhtunkhwa dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, insiden berbalas tembakan dengan pengganas bersenjata masih berterusan susulan letupan berkenaan.
Mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke hospital berdekatan, menurut agensi penyelamat milik kerajaan Rescue 1122 dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa angka kematian dikhuatiri meningkat berikutan beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.PlayNextMute
– BERNAMA-XINHUA

