KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik dikatakan telah ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.
AstroAwani dipetik sebagai berkata, sumbernya memberitahu pemimpin berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira 6 petang di sebuah kediaman di Petaling Jaya.
“Pasukan penguat kuasa JAIS dengan kekuatan lima orang tiba dan masuk ke kediaman itu. Ketika serbuan, pemimpin dan wanita terbabit berada di rumah tersebut,” katanya.
Portal itu melaporkan, kedua-dua individu terbabit dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.
Setakat ini pengesahan daripada JAIS belum diterima. – MalaysiaGazette

