Apabila timbalan mufti pun kena SISPAA

BELALANG tertanya-tanya bagaimana Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin boleh diadukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) menerusi ucapannya menegur sikap dan menggelar Gen Z sebagai ‘generasi strawberry’.

Belalang tidak menafikan hak rakyat membuat aduan. Malah, teguran terhadap penjawat awam perlu diraikan jika berasas. Namun, adakah setiap pandangan tidak disenangi perlu dijadikan aduan rasmi. Jangan sampai perbezaan pandangan agama dianggap satu kesalahan.

SISPAA diwujudkan untuk memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam, bukan menjadi saluran menekan individu menyuarakan pandangan profesional berdasarkan kepakaran dan ilmu.

Ulama juga manusia, boleh ditegur dan diperbetulkan. Namun, teguran biarlah beradab, berfakta dan melalui saluran sewajarnya. Belalang bimbang, jika keadaan ini berterusan, akhirnya mereka yang berilmu memilih untuk berdiam diri. Siapa yang rugi. Tentulah masyarakat dan umat Islam.

SISPAA diwujudkan untuk memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam, bukan menjadi saluran menekan individu menyuarakan pandangan profesional berdasarkan kepakaran dan ilmu. - Foto hiasan janaan AI
SISPAA diwujudkan untuk memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam, bukan menjadi saluran menekan individu menyuarakan pandangan profesional berdasarkan kepakaran dan ilmu. – Foto hiasan janaan AI