Leicester lantik Cifuentes sebagai pengurus

LONDON: Leicester City melantik bekas ketua jurulatih Queens Park Rangers, Marti Cifuentes sebagai pengurus baharu mereka dengan kontrak selama tiga tahun, umum kelab Liga Kejuaraan itu semalam.

Leicester berpisah dengan bekas pengurus Ruud van Nistelrooy bulan lalu susulan penyingkiran kelab itu ke divisyen kedua England selepas menamatkan saingan di tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris.

“Ini adalah kelab yang hebat dengan sejarah yang membanggakan dan satu penghormatan buat saya kerana dipilih untuk membantu melakar bab seterusnya dalam perjalanan kelab ini,” kata Cifuentes dalam kenyataan yang dikongsi oleh Leicester.

Pengendali dari Sepanyol berusia 43 tahun itu sebelum ini melatih Hammarby, yang dikemudinya ke final Piala Sweden dan kelayakan le Liga Konferens UEFA.

Beliau kemudian mengambil alih QPR pada Oktober 2023.

QPR meletakkan Cifuentes dalam cuti “gardening leave” pada April, menjelang perlawanan terakhir musim Liga Kejuaraan, selepas mereka menamatkan musim di tangga ke-15, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Leicester akan memulakan kempen Liga Kejuaraan 2025–26 di laman sendiri menentang Sheffield Wednesday pada 10 Ogos. – REUTERS