Semua ketua dan pemimpin daerah diminta tangguh ke luar negara, kurang aktiviti hiburan

JAKARTA: Gabenor Jakarta, Pramono Anung, memaklumkan Menteri Dalam Negeri meminta semua ketua dan pemimpin daerah menangguhkan sementara lawatan ke luar negara serta mengurangkan aktiviti hiburan.

Beliau berkata, arahan itu disampaikan Menteri Dalam Negeri dalam mesyuarat koordinasi bersama ketua daerah seluruh Indonesia yang turut dihadiri barisan kepimpinan di Jakarta , termasuk timbalan gabenor, setiausaha daerah, pembantu pentadbiran, datuk bandar dan ketua jabatan berkaitan.

“Jakarta menyokong penuh arahan itu dan memastikan semua pegawai hanya mengeluarkan kenyataan selaras dengan tugas rasmi supaya tidak menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, semua arahan Menteri Dalam Negeri akan dipatuhi, selain mengingatkan pegawai jabatan berkaitan hanya mengeluarkan kenyataan sesuai dengan tugas dan fungsi masing-masing, supaya tidak menimbulkan keresahan masyarakat.

Dalam masa sama, beliau menekankan konsep *Jaga Jakarta* memerlukan kerjasama semua peringkat masyarakat, bukan hanya pemerintah.