RAUB: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dipanah petir di tapak pembinaan Lebuhraya Lingkaran Timur Utama (LTU) di Kuala Atok, di Dong, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman, berkata kejadian jam 7 malam tadi ketika mangsa ke tapak pembinaan untuk mencari adiknya.
Menurutnya, mangsa cedera serius di kaki kiri akibat dipanah petir dikejarkan ke Klinik kesihatan Benta untuk rawatan.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di klinik terbabit.
“Siasatan mendapati mangsa Md Shahangir, 37, tinggal di Kuala lumpur datang ke tapak pembinaan berkenaan sejak kelmarin, untuk melawat adiknya.PlayNextMute
“Mangsa dipanah petir ketika berjalan antara rumah kongsi ke tapak pembinaan lebuh raya terbabit untuk bertemu adiknya sedang bekerja,” katanya menerusi kenyataan media.

