SHAH ALAM: Pemilik rumah di negara ini berdepan tekanan kewangan dan emosi berterusan susulan peningkatan kos pembaikan serta masalah kediaman yang sering berulang, menurut tinjauan nasional Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) bersama Nippon Paint.
Tinjauan itu mendapati isu penyelenggaraan yang tidak tuntas bukan sahaja menjejaskan wang ringgit, malah memberi kesan emosi yang mendalam kepada keluarga apabila kerja baik pulih dilaporkan gagal bertahan lama.
Kajian mendedahkan masalah kebocoran dan dinding lembap terus menghantui dan menekan pemilik rumah yang terpaksa menanggung kos tambahan saban tahun.
Menerusi dapatan awal, lebih 87 peratus pemilik rumah pernah berdepan isu kalis air, manakala 65 peratus mengalaminya dalam tempoh dua tahun terkini.
Antara aduan paling ketara termasuk dinding lembap (59 peratus), kebocoran jelas (56 peratus) serta retakan pada siling dan dinding (43 peratus).
Masalah ini paling banyak berlaku di bumbung dan bilik air sekali gus menjejaskan keselamatan serta nilai hartanah dalam jangka masa panjang.
Seterusnya, lebih separuh responden mengakui kerja pembaikan yang dilakukan sebelum ini hanya berkesan sementara.
Walaupun mereka sanggup membelanjakan antara RM20 hingga RM99 sekaki persegi, hanya 45 peratus menyatakan masalah benar-benar pulih selepas dibaiki.
Dalam masa sama, majoriti responden terdiri daripada mereka berusia 35 hingga 44 tahun (29 peratus) dengan wanita membentuk 60 peratus peserta.
Keadaan ini menunjukkan keluarga muda yang bekerja paling banyak menanggung beban kerana perlu mengurus tanggungjawab kerjaya dan rumah tangga dalam masa yang sama. Ini menambahkan lagi tekanan apabila pembaikan kediaman gagal bertahan.
Tertekan dan malu apabila kerosakan kerap berulang
Gambar hiasan – FOTO Nippon Paint
Sementara itu, kesan emosi turut ketara apabila 57 peratus responden mengaku berasa risau terhadap keadaan rumah, manakala separuh lagi melaporkan rasa kecewa (51 peratus).
Ada juga yang mengaku tertekan (35 peratus) dan malu (26 peratus) untuk menerima tetamu berikutan kerosakan yang kerap berulang.
Presiden MIPFM, Ishak Ismail, berkata pemilik rumah inginkan ketenangan namun masalah berulang meragut rasa selamat itu.
Beliau menegaskan hasil tinjauan bersama Nippon Paint menunjukkan kepentingan meningkatkan standard penyelenggaraan serta akauntabiliti dalam kerja baik pulih agar pemilik rumah mendapat penyelesaian yang lebih dipercayai.
Kurang kesedaran, kerosakan bertambah serius
Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan turut mendedahkan hampir satu pertiga (29 peratus) pemilik rumah masih kurang memahami peranan sistem kalis air dalam mencegah kerosakan struktur.
Hakikatnya, banyak masalah berulang seperti kebocoran, retakan dan dinding lembap berpunca daripada sistem kalis air yang tidak diselenggara dengan betul.
Kekurangan kesedaran ini menyebabkan masalah sering dipandang ringan sehingga menjadi lebih serius dan mahal untuk dibaiki.
Walaupun kebanyakan responden menggunakan khidmat profesional, hampir separuh mengaku kerosakan kembali semula selepas dibaiki.
Keadaan itu menjejaskan keyakinan pemilik rumah terhadap mutu kerja, terutama apabila kos tambahan perlu ditanggung berulang kali.
Utamakan kualiti bukan harga rendah
Di samping itu, hasil kajian turut menunjukkan harga bukanlah penentu. Hal ini demikian kerana pemilik rumah memberi keutamaan kepada bahan berkualiti berbanding kos murah dan rela membayar lebih jika yakin masalah tidak akan berulang. jaminan jelas serta harga telus berbanding kos rendah semata-mata.
Keutamaan lain termasuk jaminan jelas dan jangka panjang (58 peratus), harga telus tanpa caj tersembunyi (55 peratus), serta tenaga mahir berpengalaman (54 peratus).
Ini membuktikan pemilik rumah tidak hanya membeli perkhidmatan, sebaliknya mencari ketenangan fikiran,ketahanan, ketelusan dan akauntabiliti bagi kediaman mereka..
Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia, Tay Sze Tuck, pula berkata beliau memahami rasa kecewa pemilik rumah dan ramai masih keliru mengenai kepentingan sistem kalis air yang betul walaupun kerap berdepan kebocoran dan dinding lembap.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan menekankan pendekatan pencegahan sebagai langkah utama mengelakkan kerosakan serius.
Beliau berkata Nippon Paint menawarkan rangkaian penuh sistem kalis air seperti NippoSEAL Flex 100 dan Flex 200 untuk bumbung rata hinggalah NippoCEM Standard 701 dan NippoCEM Flex 901 untuk bilik air, balkoni, podium dan dapur.
Terdapat juga pilihan tanpa kerja ‘hacking’ seperti NippoSEAL Spartic Clear dan NippoSEAL Anti-Leak Waterproof Clear bagi memudahkan proses pemilik rumah.
Semua produk berkenaan direka untuk memberikan perlindungan tahan lama serta ketenangan kepada keluarga.
Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian kalis air Nippon Paint, layari www.nipponpaint.com.my.

