MERSING: Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki terbalik di Sungai Lenggor di sini, petang tadi.
Mangsa, Mohammad Putera Rizzurin Md Noh, 36, yang juga pembantu khidmat am di Sekolah Kebangsaan (SK) Nitar 2 di sini dilaporkan hilang, manakala dua rakannya berjaya menyelamatkan diri.
Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Jailani Maimathu, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.43 petang, sebelum 16 anggota dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kejadian berlaku di Sungai Lenggor kira-kira tujuh kilometer dari jeti loji air FELDA Nitar 2.
“Pasukan operasi melaksanakan pencarian dan penyelamatan, serta pemantauan di kawasan kejadian bagi mengesan mangsa yang hilang,” katanya mengesahkan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan sehingga kini,” katanya.

