Sivasangari mara suku akhir Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita utama negara S Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Kejohanan Dunia 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Pemain pilihan ketujuh itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pemain tuan rumah, Amanda Sobhy 11-8, 14-12 11-6 pada pusingan ketiga di University Club of Chicago, pagi tadi.

Sivasangari dijadual menentang pilihan keempat dari AS, Olivia Weaver yang menyingkirkan pemain Mesir, Salma Hany 11-7, 9-11, 11-7, 11-4 dalam masa 47 minit.

Sivasangari yang kini menghuni ranking kesembilan dunia muncul wakil tunggal Malaysia meneruskan cabaran pada kejohanan itu selepas Ng Eain Yow terkandas pada pusingan ketiga kategori lelaki.

Eain Yow gagal menyaingi kehebatan juara dunia dua kali dari Mesir, Mostafa Asal apabila tewas 4-11, 6-11, 7-11 dalam tempoh 56 minit. – BERNAMA