Mayat dua wanita ditemukan di dalam longkang

KUALA LUMPUR – Mayat dua wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah petang tadi.

Mayat yang lengkap berpakaian ditemukan bersebelahan antara satu sama lain.

Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti namun dipercayai ada hubungan persaudaraan.

Memetik laporan Buletin TV3, sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan siasatan sebaik sahaja menerima laporan berhubung penemuan tersebut.

Kedua-dua mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kenyataan berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. – MalaysiaGazette

Source :