Jangka hayat semakin panjang, ahli perlu tambah tabungan untuk bertahan lebih lama – KWSP

KUALA LUMPUR: Peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia yang dijangka mencecah 81 tahun menjelang 2050 berbanding 76 tahun pada 2024 bermakna simpanan persaraan perlu bertahan lebih lama.

Dalam konteks ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn, berkata bekerja lima tahun lebih lama berpotensi meningkatkan simpanan persaraan sehingga 40 peratus, sekali gus membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran peningkatan jangka hayat dan kos sara hidup pada masa depan.

Menurutnya, unjuran itu adalah berdasarkan simulasi yang mengambil kira pulangan dividen tahunan sekitar lima peratus serta pertumbuhan gaji tiga peratus setahun.

“Di Malaysia, umur persaraan minimum ditetapkan pada 60 tahun, manakala umur pengeluaran penuh simpanan KWSP kekal pada 55 tahun sejak penubuhan KWSP pada 1951.

kesihatan, perbezaan sektor pekerjaan dan kesejahteraan pekerja.

Menurutnya, dalam hal ini Akaun Emas memperkukuh perancangan persaraan bagi ahli berumur 55 hingga 60 tahun.

Katanya, ia adalah pelengkap wajib bagi pekerja sektor formal, dengan caruman terkunci sehingga umur 60 tahun, membolehkan akaun itu berkembang dengan dividen KWSP.

“Ini menggalakkan simpanan yang lebih lama dan mengurangkan risiko ketidakcukupan dana persaraan,” katanya.