KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang serta hujan lebat di Kedah dan Johor hingga 1 tengah hari ini.
METMalaysia dalam satu hantaran Fecebook memaklumkan bahawa kawasan di Kedah iaitu Langkawi dijangka mengalami cuaca berkenaan.
“Selain Kedah, kawasan Johor yang meliputi Pontian, Kulai dan Johor Bahru juga diramal berlaku angin kencang serta hujan lebat.
“Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.
Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

