Tiga maut, lima cedera dalam insiden tembakan di sekolah Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya tiga pelajar maut manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah di wilayah Leyte, tengah Filipina, pada pagi Isnin, lapor The Straits Times.

Menurut polis, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di Sekolah Tinggi Kebangsaan San Jose di bandar Tacloban.

Pihak berkuasa mengesahkan seramai lapan individu terkena tembakan dalam kejadian itu.

Polis berkata dua lelaki disyaki melepaskan tembakan di dalam kawasan sekolah menggunakan pistol.

Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek yang ditahan merupakan pelajar di sekolah berkenaan dan dikategorikan sebagai kanak-kanak mengikut undang-undang tempatan.PauseNextMute

Seorang lagi suspek dilaporkan melarikan diri sebelum berjaya dikesan pihak berkuasa.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Siasatan kini dijalankan Pejabat Polis Bandar Tacloban bagi mengenal pasti motif serangan serta keadaan yang mencetuskan kejadian itu.

Susulan insiden, Polis Wilayah 8 mengarahkan penempatan anggota tambahan di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar, kakitangan dan komuniti setempat.

Insiden keganasan membabitkan senjata api kerap dilaporkan di Filipina, namun kejadian di dalam kawasan sekolah jarang berlaku.