Tular Senarai Nama Mangsa ‘Scam’ & Berhutang Lebih RM350K, Makin Ramai Tampil Dedah Penipuan Kim Seri?

Nama pempengaruh Malaysia yang kini menetap di Korea dikenali sebagai Kim Seri sekali lagi menjadi tular gara-gara didakwa menipu pelancong yang menggunakan khidmatnya untuk bercuti di negara itu.

Bermacam cerita dikongsikan oleh individu yang mendakwa telah menjadi mangsa scam Kim Seri dan antaranya adalah tidak mempunyai tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Tular video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pelancong dari Malaysia yang terkandas di lapangan terbang di Korea kerana tidak memiliki tiket penerbangan.

Tipu tiket penerbangan pulang

Menurut salah seorang mangsa, mereka telah menerima tiket penerbangan pulang palsu daripada Kim Seri dan hal itu hanya diketahui ketika di airport selepas nama mereka tidak wujud di dalam sistem syarikat penerbangan.

Tipu tiket penerbangan pulang

Menurut salah seorang mangsa, mereka telah menerima tiket penerbangan pulang palsu daripada Kim Seri dan hal itu hanya diketahui ketika di airport selepas nama mereka tidak wujud di dalam sistem syarikat penerbangan.

@shmnrn11

Sampai airport nama tak wujud guys!!!! KIMSERI PLEASE BERTANGGUNGJAWAB, MANA DUIT KAMI YG BAYAR 2 BULAN LEPAS??? Banyak lagi nak spill nii sabar japp ehh #kimseriproblem #kimseritakbayarticketflight #kimserihilang #kimserisidaicustomer

♬ original sound – Shmnrn🧚🏻‍♀️ – Shmnrn🧚🏻‍♀️

Tular senarai nama mangsa

Dalam pada itu, di laman sosial Threads pula tular perkongsian seorang individu yang memaparkan nama-nama mangsa yang didakwa telah tertipu dengan Kim Seri.

Berdasarkan senarai itu, Kim Seri didakwa berhutang dengan 28 individu dan jumlahnya bernilai lebih RM350,000.

Ramai netizen tidak menyangka Kim Seri yang dahulu dikenali dengan konten yang positif dan banyak berkongsi tentang negara Korea sejak berhijrah ke sana, kini tular kerana menipu pelancong yang mendapatkan servis yang ditawarkannya.

Dalam pada itu, sesetengah netizen berharap mangsa-mangsa yang tertipu tidak mengalah dan cuba sedaya upaya untuk tuntut serta dapatkan semula wang mereka daripada Kim Seri.

Source :