LONDON: Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Newcastle dan Everton di St James’ Park dihentikan 20 minit bagi membolehkan pemain Muslim berbuka puasa sempena Ramadan semalam.
Beberapa pemain Everton termasuk Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure berada di tepi padang sambil meneguk air dan makan sebentar.
Tindakan mereka pantas menarik perhatian penonton yang memuji kelab dan Liga Perdana Inggeris di media sosial di atas keprihatinan serta bertoleransi dalam hal keagamaan.
Wartawan Leon Mann dan anaknya sangat tertarik dan menulis: “Melihat pemain Muslim berbuka puasa ketika Newcastle menentang Everton bersama anak perempuan saya. Mereka tertarik dan teruja. Anak sulung saya: Ia sangat bagus! Tahniah kepada Liga Perdana
Seorang lagi turut bersetuju dengan berkata: “Kagum saya dengan @NUFC dan @Everton yang benarkan pemain Muslim luang sedikit masa untuk berbuka puasa.” Manakala yang lain menganggap ia sangat dialu-alukan dan sangat menarik untuk disaksikan.
Ia bukan kali pertama aksi EPL berehat sebentar untuk pemain berbuka puasa tahun ini apabila aksi Aston Villa dan Wolves pada Ahad lalu dihentikan seketika bagi membolehkan Moussa Diaby dan Rayan Ait-Nouri berbuka puasa. – AGENSI