Pesawat kargo terhempas di Alaska, dua maut

ALASKA – Dua orang dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat kargo terhempas kawasan terpencil di utara Amerika Syarikat pada Selasa.

Pesawat Douglas DC-4, salah satu daripada segelintir yang masih digunakan terhempas sejurus meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks.

Alaska State Troopers berkata, pesawat itu telah berlepas sebelum 10 pagi dan terjatuh berhampiran Sungai Tanana beberapa saat kemudian.

“Pesawat itu tergelincir ke dalam bukit curam di tebing sungai lalu terbakar,” kata Jabatan Keselamatan Awam Alaska.

Tiada mangsa yang terselamat dikesan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, ia akan terlibat dalam siasatan ke atas insiden itu.

Pesawat Douglas DC-4 dibina semasa Perang Dunia II.

Sebahagian daripadanya digunakan dalam pengangkutan udara Berlin pada tahun 1948 dan 1949 apabila tentera Soviet memotong bekalan ke bahagian bandar Jerman di bawah kawalan bersekutu. – Agensi

Source :