Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529

Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan. -Amanz

APPLE hari ini membuat kejutan dan memperkenalkan dua produk baharu untuk pasaran tempatan, iaitu HomePod (Gen 2) dan juga HomePod Mini.

Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.

HomePod adalah siri peranti berhubung yang membolehkan pengguna memainkan lagu Apple Music, menggunakannya sebagai speaker, bertanyakan soalan melalui integrasi Siri, dan mengunakannya sebagai penyemak keadaan rumah termasuk suhu dan kadar karbon monoksida.

Di Malaysia, HomePod akan dijual pada harga RM1,549, sementara HomePod Mini pula pada harga RM529.

Kedua-duanya boleh dibeli mulai 10 Mei 2024

Source :
Amanz