16 syahid dalam serangan terbaru Israel

RAFAH: Seramai 16 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel di sini, iaitu bandar di selatan Semenanjung Gaza.

Petugas perubatan dan pasukan bantuan kecemasan mengatakan bedilan itu dilakukan beberapa jam selepas Hamas mengaku melancarkan roket yang membunuh tiga tentera Israel pada Ahad.

“Jumlah syahid di Rafah 16 syuhada. Tujuh syuhada dari satu keluarga dan sembilan yang lain juga terbunuh.

“Ada dua bedilan berlaku di dua tempat berbeza di bandar ini,” kata petugas bantuan kecemasan. – AFP