Man City di ambang cipta sejarah liga Inggeris

LONDON: Erling Haaland meledak dua gol untuk membantu Manchester City menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 ketika juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengorak langkah besar bagi mencipta sejarah muncul juara buat kali keempat berturut-turut.

Penyerang Norway itu menyudahkan umpanan Kevin De Bruyne pada awal separuh masa kedua untuk menjaringkan gol liga pertama City di Stadium Tottenham Hotspur dan menyempurnakan sepakan penalti lewat permainan bagi memastikan tiga mata pasukannya.

Pemain Manchester City, Erling Braut Haaland menjaringkan gol kedua  dari sepakan penalti, menewaskan pemain Tottenham Hotspur, Guglielmo Vicario. - Foto REUTERS
Pemain Manchester City, Erling Braut Haaland menjaringkan gol kedua dari sepakan penalti, menewaskan pemain Tottenham Hotspur, Guglielmo Vicario. – Foto REUTERS

Skuad kendalian Pep Guardiola mendahului Arsenal dua mata di puncak carta liga dan bermakna kemenangan di Etihad menentang West Ham, Ahad ini akan menjadikan mereka juara untuk musim keempat berturut-turut, tanpa mengira keputusan The Gunners menentang Everton.

Tiada pasukan dalam sejarah liga utama Inggeris pernah memenangi empat kejuaraan berturut-turut.

Kekalahan Spurs juga menjamin Aston Villa akan menamatkan saingan di tempat keempat bagi slot ke Liga Juara-Juara, menyertai City, Arsenal dan Liverpool dalam saingan peringkat teratas Eropah musim depan.

Pemain Manchester City, Erling Braut Haaland beraksi bersama pemain Tottenham Hotspur, Pape Matar Sarr dan Pierre-Emile Hojbjerg. - Foto REUTERS
Pemain Manchester City, Erling Braut Haaland beraksi bersama pemain Tottenham Hotspur, Pape Matar Sarr dan Pierre-Emile Hojbjerg. – Foto REUTERS

City memecah kebuntuan pada minit ke-51 apabila Bernardo Silva melakukan hantaran kepada De Bruyne sebelum pemain Belgium itu membuat umpanan untuk Haaland meledak gol jarak dekat.

Ribuan penyokong Spurs menyanyikan “adakah anda melihat Arsenal” ketika penyokong City meraikannya di tempat duduk mereka.

Pemain Manchester City, sepakan penalti dan menjaringkan gol kedua semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan Manchester City. - Foto BERNAMA
Pemain Manchester City, sepakan penalti dan menjaringkan gol kedua semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan Manchester City. – Foto BERNAMA

City dihadiahkan penalti apabila Pedro Porro mengasari pemain gantian, Jeremy Doku dan Haaland menjaringkan gol pada minit ke-91 untuk mencetuskan sambutan meriah pemain di hadapan penyokong City, menjadikan jaringannya yang ke-27 untuk saingan liga musim ini. – AFP

Pemain Tottenham Hotspur , Cristian Romero mengasari Pemain Manchester City, Ederson  sebelum dilayangkan kad kuning. - Foto REUTERS
Pemain Tottenham Hotspur , Cristian Romero mengasari Pemain Manchester City, Ederson sebelum dilayangkan kad kuning. – Foto REUTERS