Enam individu diambil keterangan susulan penemuan mayat bayi

GAMBAR hiasan. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Polis sudah mengambil keterangan daripada enam individu berhubung penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui di bawah sebuah kereta Proton Iswara di tempat letak kenderaan Apartmen Putra Ria, Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, bagaimanapun setakat ini polis masih belum menahan individu yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Setakat ini, masih belum ada tangkapan dan kami memerlukan maklumat daripada orang ramai bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam bungkusan kain di bawah Proton Iswara di tempat letak kenderaan apartmen berkenaan.

Mayat bayi itu didapati mempunyai kesan kecederaan di pipi kiri.

Source :