MANCHESTER: Manchester United mampu menandatangani bek kanan Bayern Munich, Noussair Mazraoui sekiranya mereka dapat menjual Aaron Wan-Bissaka kepada West Ham.
Kedua-dua pemain dinilaikan pada harga 15 juta pound (RM89.88 juta) tetapi perjanjian itu hanya dapat disempurnakan jika Wan-Bissaka setuju untuk menyertai Hammers.
United juga turut berminat mendapatkan rakan sepasukan Mazraoui, Matthijs de Ligt. Kedua-dua pemain pernah beraksi untuk Ten Hag di Ajax.
United dan Bayern difahamkan sudah mencapai persetujuan untuk perpindahan Mazraoui, 26, yang turut berminat menyertai kelab Old Trafford itu.
West Ham hampir mendapatkan khidmat Mazraoui selepas bersetuju dengan harga 12.6 juta pound (RM75.48 juta) dan tambahan 2.3 juta pound (RM13.78 juta) diletakkan Munich, tetapi perjanjian berkenaan gagal disempurnakan.
Mereka kemudian berminat mendapatkan Wan-Bissaka yang berbaki setahun dalam kontraknya di Old Trafford.
United sebelum ini membayar 59 juta pound (RM353.53 juta) untuk Leny Yoro, yang cedera ketika tewas dalam aksi persahabatan menentang Arsenal di Los Angeles semalam, tetapi masih mencari seorang lagi bek tengah. – AGENSI