‘Tiada entiti atau kemelut dalaman…’ – Hannah ulas kegagalan skuad terjun negara di Doha

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menolak dakwaan kononnya wujud campur tangan pihak ketiga, entiti atau kemelut dalaman sehingga menyebabkan skuad terjun negara gagal pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lalu.

Sebaliknya, beliau berkata, komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.

Beliau berpuas hati dengan penjelasan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri mengenai keadaan penerjun di Doha pada sesi pertemuan semalam.

“Kegagalan penerjun negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha bukan disebabkan campur tangan pihak ketiga, entiti atau kemelut dalaman tetapi aspek komunikasi.

“Selepas ini, saya akan jumpa pula dengan persatuan (MAS) dan jurulatih untuk dengar jawapan dan pandangan mereka mengapa semua penerjun (di Kejohanan Akuatik Dunia) tidak layak ke Paris (Sukan Olimpik 2024),” katanya.

Hannah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Cabaran Lompat Tinggi ‘Leap To The Stars‘ 2024 di sini, hari ini.

Kegagalan penerjun negara di Doha itu, menjadikan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises wakil terjun tunggal negara yang berjaya menempah tiket ke Paris menerusi acara 10 meter (m) platform individu ketika beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.

Dalam pada itu, Hannah berkata, kedudukan Pandelela dan Nur Dhabitah dalam program Road To Gold (RTG) selepas gagal ke Paris 2024 perlu dibuat secara kolektif bersama jawatankuasa RTG yang dijangka diketahui bulan ini.

Pada masa sama, beliau mengagumi komitmen Pandelela dan Nur Dhabitah yang tetap tidak berputus asa untuk terus mewakili negara biarpun tidak berpeluang menjejakkan kaki ke Paris 2024.

Sementara itu, Hannah berkata, kementeriannya memberi peruntukan sebanyak RM30,000 kepada penganjur Cabaran Lompat Tinggi Leap To The Stars 2024, iaitu Kelab Olahraga Shah Alam bagi meneruskan usaha mencungkil bakat peserta lompat tinggi negara.

Beliau turut memuji usaha kelab itu yang berurusan dengan pusat beli-belah, 1 Utama bagi menganjurkan kejohanan berkenaan di lokasi tumpuan ramai, sekali gus mampu menarik minat generasi muda untuk menjadi atlet lompat tinggi pada masa depan. – BERNAMA

5 thoughts on “‘Tiada entiti atau kemelut dalaman…’ – Hannah ulas kegagalan skuad terjun negara di Doha

  1. кс соурс последняя версия скачать торрент

    Здесь есть классические версии CS 1.6 и модифицированные варианты, используемые известными видеоблогерами. Некоторые версии специально предназначены для проработки вашего скила: они содержат измененные пользовательские настройки — файлы и конфиги профессиональных киберспортсменов. Портал обновляется ежедневно. Все новые сборки CS 1.6 появляются в этом разделе в первую очередь.

    Source:

    https://cs-likes.ru/skachat-cs-16-ot-amondit.html#comment-227

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *