MELAKA – Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai ditikam abangnya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kandang Permai, Kandang, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 12.15 pagi itu, mangsa lelaki berusia 35 tahun sebelum itu dikatakan bergaduh dengan abangnya, 38 tahun sebelum berakhir dengan mangsa ditikam suspek.
Bagaimanapun, suspek dikatakan sempat menelefon ambulans untuk membawa adiknya itu yang parah ke Hospital Melaka.
Polis kemudian menahan suspek di lokasi kejadian untuk permohonan reman di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, pagi ini.
Sumber Dari :- Malaysia Gazette

