[LANGSUNG] Kes Zara Qairina di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR: Lima remaja berusia bawah 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, atas pertuduhan berkaitan kes buli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 pada 17 Julai lalu selepas dijumpai tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah.

Kes kematian pelajar sebuah sekolah menengah di Papar itu mendapat perhatian umum sehingga mencetus gelombang ‘Justice for Zara’.

Prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak dijangka dijalankan secara tertutup.

BH melaporkan perkembangan langsung di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini, dari semasa ke semasa.

7.15 am – Polis mula berkawal di sekitar pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi memastikan keselamatan dan kelancaran prosiding pendakwaan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini.