KUALA LUMPUR – Insiden peserta paragliding yang melanggar talian penghantaran elektrik di Duyong, Melaka hari ini tidak menyebabkan sebarang gangguan bekalan elektrik kepada pengguna.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, syarikat itu amat memahami kebimbangan orang ramai susulan kejadian ini.
Menrutnya, TNB akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan rangkaian elektrik sentiasa terjamin.
Pada masa sama, TNB turut bersimpati dengan individu yang terlibat serta keluarga mereka dan mendoakan agar beliau berada dalam keadaan selamat.
Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan keselamatan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti yang dilarang berdekatan talian penghantaran elektrik melalui https://www.tnb.com.my/transmissionlinessafety
Dalam kejadian itu, seorang peserta paragliding merempuh talian elektrik di Duyong semasa acara Larian Antarabangsa Duyong 2025.
Kejadian yang dirakam orang awam itu menyaksikan peserta berkenaan terjatuh ke dalam tasik. – MalaysiaGazette

