DENVER: Lionel Messi menjaringkan dua gol ketika Inter Miami menewaskan Colorado Rapids 3-2 dalam aksi Major League Soccer awal pagi tadi.
Messi meledak gol kemenangan pada minit ke-79 menerusi larian solo dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan deras ke dalam gawang.
Penyerang baharu, German Berterame turut mencatat nama selaku penjaring buat Miami.
Aksi di Denver itu disaksikan 75,824 penonton, jumlah kedua terbesar dalam sejarah MLS.
Dalam masa kecederaan babak pertama, Miami menggandakan kelebihan hasil gerakan cantik berpasukan.
Messi memulakan serangan sebelum Rodrigo De Paul menghantar bola kepada Mateo Silvetti, yang kemudian melorongkan hantaran silang untuk ditanduk masuk Berterame.
Colorado bangkit menerusi jaringan Rafael Navarro pada minit ke-58 sebelum Darren Yapi menyamakan kedudukan empat minit kemudian.
Namun Messi sekali lagi menjadi pemusnah apabila menghasilkan gol kemenangan yang menampilkan kelas dunia.
Miami terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Bright dilayangkan kad merah pada minit ke-87.
Kemenangan itu melonjak Inter Miami kepada 15 mata daripada lapan perlawanan, manakala Colorado kekal dengan 12 mata.

