Rusuhan memuncak di Perancis, lebih 500 ditahan

PARIS: Pertempuran meletus di Paris dan beberapa bandar utama Perancis sejak Sabtu selepas ratusan ribu orang menyertai tunjuk perasaan minggu ketiga bagi membantah peningkatan kos sara hidup.

Lebih 500 orang ditahan manakala pihak polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi membubarkan kumpulan perusuh di pinggir perhimpunan.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez, mengecam tindakan anarki sesetengah pihak, termasuk kes di Paris yang menyaksikan seorang anggota polis diserang menggunakan bom Molotov.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan polis menahan 565 orang di seluruh negara menjelang lewat Sabtu. Seramai empat anggota polis dan seorang gendarme cedera di Paris, dengan tiga daripadanya mengalami luka terbakar.

Pertempuran berlaku sebaik perarakan tiba di destinasi terakhir.PauseNextMute

Asap kelihatan ketika kebakaran berhampiran anggota polis rusuhan yang berkawal dalam formasi semasa demonstrasi anjuran kesatuan sekerja, sebagai sebahagian daripada bantahan di seluruh negara yang digerakkan ‘Yellow Vest’ dan disertai pelajar sekolah menengah serta universiti di Perancis bagi membantah kos sara hidup dan kenaikan harga bahan api, di Paris, Perancis. - Foto REUTERS
Asap kelihatan ketika kebakaran berhampiran anggota polis rusuhan yang berkawal dalam formasi semasa demonstrasi anjuran kesatuan sekerja, sebagai sebahagian daripada bantahan di seluruh negara yang digerakkan ‘Yellow Vest’ dan disertai pelajar sekolah menengah serta universiti di Perancis bagi membantah kos sara hidup dan kenaikan harga bahan api, di Paris, Perancis. – Foto REUTERS

Puluhan individu bertopeng dan berpakaian hitam dilihat menggunakan tukul untuk mencabut batu turapan jalan sebelum melemparkannya ke arah anggota keselamatan.

Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata dan melancarkan serbuan belantan.

Nunez membidas tahap keganasan yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ daripada sesetengah penunjuk perasaan, serta menuduh kumpulan pelampau kiri sebagai dalang serangan.

Beliau menyifatkan tindakan membaling bom Molotov ke arah polis sebagai percubaan membunuh.

“Kami bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan konfrontasi malam ini,” katanya.

Orang ramai menyertai demonstrasi anjuran kesatuan sekerja sebagai sebahagian daripada bantahan di seluruh negara yang dianjurkan gerakan Vest Kuning dan disertai pelajar sekolah menengah serta universiti di Perancis bagi membantah kos sara hidup dan kenaikan harga bahan api, di Paris, Perancis. - Foto REUTERS
Orang ramai menyertai demonstrasi anjuran kesatuan sekerja sebagai sebahagian daripada bantahan di seluruh negara yang dianjurkan gerakan Vest Kuning dan disertai pelajar sekolah menengah serta universiti di Perancis bagi membantah kos sara hidup dan kenaikan harga bahan api, di Paris, Perancis. – Foto REUTERS

Pemimpin sayap kanan, Marine Le Pen, menerusi hantaran di platform X menegaskan pihak yang bertanggungjawab mesti dihukum dengan hukuman paling berat, sambil menyifatkan rakaman imej anggota polis yang terbakar sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima.

Kementerian menambah bahawa ‘elemen radikal’ di Bordeaux, Toulouse dan Marseille turut cuba menceroboh pusat bandar untuk merosakkan premis dan merompak.

Di Lyon, orang ramai melemparkan objek ke arah polis yang kemudian membalas dengan gas pemedih mata manakala di Toulouse, polis menggunakan meriam air bagi mengawal perhimpunan tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa menganggarkan kira-kira 320,000 orang berhimpun di seluruh Perancis, termasuk 70,000 di Paris.

Namun, pertubuhan belia mendakwa hampir setengah juta orang menyertai demonstrasi berkenaan.– AFP