PU Azman dipenjara 24 tahun kes amang seksual fizikal

KLANG- Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenar Azman Syah, 43, didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Klang di atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan.

PU Azman juga diarahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama 2 tahun selepas tamat hukuman.

Source :