KUALA LUMPUR: Pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi.
Selain itu, di bawah Ikhtiar Geran Padanan Ihsan (GAPAI), kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pemberian geran padanan sehingga RM5,000 ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagi tujuan itu, kriteria terdahulu iaitu membabitkan pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM4,000 dinaikkan kepada RM6,000, bagi tempoh dua tahun.
Antara lain, pelepasan kepada cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dilanjutkan tahun ini kepada ibu bapa yang menjadi pendeposit SSPN.