KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, hari ini bagi mendapatkan rawatan.
Perkara itu dikongsikan adik beliau, Mohd Najmuddin Elias yang memaklumkan, Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim sedang mendapatkan rawatan berkaitan jantung
Menurut beliau, pendakwah itu menjalani prosedur memasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Setelah dimasukkan satu belon,doktor mendapati ada satu lagi saluran sempit yang perlukan tambahan satu belon lagi…saya difahamkan beliau mengadu teramat sakit dari sebelum sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.
Tambah Mohd Najmuddin, pihak hospital tidak membenarkan sesiapa untuk melawat kecuali isteri Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat peminatnya dan pencinta pencinta ilmu seluruh pelusuk dunia supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Al barakah yang diterajuinya.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg bersimpati dan mendoakan beliau…apa2 perkembangan saya akan maklumkan dari masa ke semasa..tksh,” katanya lagi.
Sumber Dari :- Malaysia Gazette

