Kyiv diserang peluru berpandu Russia

KYIV: Ibu negara Ukraine, Kyiv, menjadi sasaran serangan peluru berpandu pada awal pagi ini, menurut wartawan AFP yang berada di bandar itu.

Selepas amaran serangan dikeluarkan, wartawan AFP mendengar bunyi peluru berpandu dan dua letupan, selain melihat orang ramai bergegas menuju ke pusat perlindungan.

Ketua Pentadbiran Tentera Kyiv, Tymur Tkachenko, mengesahkan bandar itu sedang diserang peluru berpandu, namun setakat ini tiada laporan segera mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan.

Serangan antara Russia dan Ukraine semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu, sekali gus menyebabkan pertambahan jumlah korban dalam kalangan orang awam.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang sebelum ini dilihat berhati-hati dalam menyokong Kyiv, berkata pada Sidang Kemuncak G7 di Perancis pada Selasa bahawa Moscow perlu “mencapai perjanjian”, selain memberi bayangan Washington boleh mengenakan semula sekatan yang sebelum ini dilonggarkan ke atas Russia.PauseNextMute

Missile attack on Kyiv under way: AFP journalists

Kyiv, Ukraine, June 17, 2026 (AFP) –

Kyiv came under attack from missiles in the early hours of Thursday, according to AFP journalists in the Ukrainian capital.

After an alert, the journalists heard the sound of a missile and two explosions, and saw people running in the direction of shelters.

The head of Kyiv’s military administration, Tymur Tkachenko, confirmed that the city was under missile attack, but that there were no immediate reports of casualties or damage.

Russian and Ukrainian strikes have been intensifying for months and causing higher numbers of civilian casualties.

US President Donald Trump, once reluctant to support Kyiv, said on Tuesday during the G7 summit in France that Moscow should “make a deal” and indicated Washington could reimpose waived sanctions on Russia.

fv-roc/hol/mjw