‘Ulat teksi sapu mewah’ di Lembah Klang tumpas
SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 21 kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang digunakan bagi menjalankan khidmat kereta sapu menerusi Operasi Khas Kenderaan Sapu di sekitar Lembah Klang pada 2 hingga 6 September lalu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata operasi julung kali itu diadakan bagi membanteras kegiatan ‘ulat teksi sapu mewah’…