BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan taraf kerakyatan wakil rakyat pembangkang di negara ini yang bertubi-tubi menyerang usaha kerajaan membuat penyelarasan kadar tarif elektrik kepada orang kaya dan warga asing.
Anwar berkata, beliau hairan mengapa perlu menjadi jurucakap kepada dua golongan itu sedangkan rancangan subsidi baharu yang dilaksanakan itu turut dinikmati kumpulan berpendapatan tinggi dan 3.5 juta warga asing yang berada di negara ini.
“Bila naik harga elektrik, orang (wakil rakyat pembangkang) serang saya habis-habisan padahal kenaikan itu membabitkan 15 peratus orang terkaya dan warga asing.
“Rakyat biasa jangan kita kenakan peningkatan harga elektrik. Ini, hang (wakil rakyat pembangkang) wakil apa, wakil Bangladesh, Burma (Myanmar) atau Melayu di Malaysia?
“Kalau wakil rakyat Malaysia, dia tahu bahawa tarif yang kita naikkan itu tidak kepada rakyat biasa tetapi kepada mereka yang terpaling kaya dan warga asing sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, di sini, hari ini.
Tegasnya, penyelarasan itu adalah salah satu langkah yang diambil kerajaan dalam penyasaran subsidi.
Anwar sebelum itu dilaporkan berkata, subsidi ditanggung kerajaan untuk rakyat termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini.
Menurutnya, meskipun angka itu tinggi, mengurangkan subsidi bukanlah satu pilihan untuk dilaksanakan kerajaan kerana langkah itu akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.
Bagaimanapun, katanya kerajaan perlu mengemukakan satu dasar yang lebih ampuh dan realistik untuk menyelamatkan ekonomi negara iaitu melalui rasionalisasi pemberian subsidi.
Kredit: Beria Harian
You have noted very interesting details!
ps nice website.Blog range