Lebih separuh penduduk Gaza di ambang kebuluran

WASHINGTON – Lebih separuh penduduk Gaza berada di ambang kebuluran, termasuk kanak-kanak dan orang-oran tua.

Berikutan itu, Kumpulan Bank Dunia menggesa tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa.

“Kami menyertai komuniti antarabangsa menyeru akses segera, percuma dan tanpa halangan bagi bekalan perubatan, makanan dan perkhidmatan penting kehidupan melalui semua cara yang ada pada kelajuan dan skala kepada penduduk Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga pengarah Kumpulan Bank Dunia pada Disember meluluskan komitmen dana sebanyak AS$35 juta kepada rakan pembangunan yang aktif di Gaza, termasuk Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) .

Dana ini termasuk pakej AS$10 juta kepada WFP untuk membeli bungkusan makanan dan baucar untuk mencapai anggaran 377,000 orang.

Israel telah melancarkan serangan ketenteraan maut di Semenanjung Gaza sejak serangan kumpulan penentang Palestin Hamas Oktober lalu.

Lebih 31,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh di Gaza, dan hampir 74,000 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. – Agensi

Source :