Seorang kanak-kanak lemas, dua hilang dihanyutkan kepala air

KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala dua lagi dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan kepada air ketika menjala di sebatang sungai di Kota Perdana, Serdang di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, PBK II Norazuan Zulghoni berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 4.35 petang daripada seorang lelaki warga Indonesia yang merupakan ketua keluarga dikenali Ahmad Suriadi.

Mohd Diham Ahmad suriadi, 10, meninggal dunia manakala isteri, Ahmad Suriadi dikenali Juliana, 38, Riska Amelia, 4, hilang dan Mohd Alif, 9, selamat

“Pada jam 5.18 petang seorang kanak-kanak lelaki berjaya dijumpai oleh orang awam dalam keadaan selamat.

“Pada jam 1901, seorang lagi mangsa kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dijumpai oleh pasukan PPDA 1 km daripada tempat disyaki jatuh dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Naruzuan, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota bomba.

Source :