3 maut pikap terbabas di Jalan Pan-Borneo

MIRI: Tiga maut manakala empat cedera selepas pikap yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Batu 72 Jalan Pan-Borneo Miri-Bintulu petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata tiga mangsa maut di tempat kejadian ialah Evelyn Shely Manyie (26), Eddy Indau (26) dan Jengging Tisok (39).

“Empat lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun cedera,” katanya dalam kenyataan.

“Kejadian membabitkan pikap model Isuzu Dmax yang terbabas ke bahu jalan menyebabkan empat mangsa tercampak ke longkang, manakala seorang ke dalam semak.

“Tiga disahkan maut dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.