AS tawar maklumat Sinwar jika Israel tangguh serang Rafah

GAZA – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menawarkan maklumat kedudukan pemimpin kanan Hamas Yahya Sinwar jika Israel bersetuju untuk menangguhkan operasi ketenteraan besar di Rafah, Gaza yang menjadi tumpuan lebih 1 juta pelarian Palestin.

The Washington Post memetik empat sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa AS “menawarkan bantuan berharga Israel jika ia menahan diri, termasuk risikan sensitif untuk membantu tentera Israel menentukan lokasi pemimpin Hamas dan mencari terowong tersembunyi kumpulan itu.”

Laporan itu menambah, pentadbiran juga menawarkan untuk membantu memasang khemah besar untuk penduduk Palestin yang dipindahkan dari Rafah dan membantu dalam membina infrastruktur untuk menyediakan bantuan kemanusiaan.

Komen daripada jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, John Kirby pada taklimat Khamis selaras dengan laporan itu, walaupun dia menyatakan bahawa risikan tersebut sudah diberikan kepada Israel.

“Kami juga boleh, sebenarnya, membantu mereka menyasarkan para pemimpin, termasuk [pemimpin Hamas Yahya] Sinwar, yang kami, terus terang, lakukan dengan Israel secara berterusan,” katanya.

Laporan Washington Post dibuat selepas dua pegawai yang mengetahui perkara itu memberitahu The Times of Israel pada hari Jumaat bahawa Sinwar tidak bersembunyi di Rafah, memetik penilaian risikan baru-baru ini yang meletakkan pemimpin Hamas itu di dalam terowong bawah tanah di kawasan Khan Younis.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berjanji untuk melancarkan serangan besar di Rafah selama berbulan-bulan, dengan alasan bahawa operasi itu penting untuk mengalahkan Hamas, yang mempunyai empat daripada enam batalion aktifnya yang tinggal di bandar itu.

Pada awal minggu, Israel melancarkan operasi untuk mengambil alih lintasn Rafah dan sejak itu telah ditutup, dengan Israel tidak menawarkan jadual bila lintasan itu akan dibuka semula untuk penghantaran bantuan. – Agensi

Source :