Tragedi berdarah Balai Polis Ulu Tiram: Keadaan Hasif stabil, masih dirawat di HSI

KOPERAL Mohd Hasif Roslan masih dirawat di HSI.

Johor Bahru: Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, anggota berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan stabil.

“Anggota itu masih dirawat di hospital dan keadaan beliau stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam serangan pada 2.45 pagi Jumaat lalu, dua rakanya setugasnya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam kejadian itu.

Suspek serangan itu yang berusia 21 tahun juga maut di lokasi kejadian.

Source :