BYD Dedah Trenkuasa Hibrid Baharu, Jarak Boleh Pergi Lebih 2000km

Syarikat pengeluar kenderaan elektrik terkemuka dunia, BYD baru-baru ini telah mendedahkan teknologi trenkuasa hibrid baharunya kepada umum.

Menurut Yahoo Finance, trenkuasa hibrid berkenaan mampu menawarkan jarak pemanduan melebihi 2,000 kilometer tanpa henti.

Ini bermakna, dengan satu isian minyak yang digabung dengan sistem bateri dan motor elektrik, kenderaan mampu  menempuh perjalanan menyamai jarak antara Bangkok ke Singapura, New York ke Miami atau Munich ke Madrid.

Malah, BYD juga mendakwa tren kuasa hibrid berkenaan sebenarnya mampu menjangkau jarak sehingga 2,500km dan jarak itu berjaya dicapai dalam ujian yang dibuat pihaknya.BYD dedah trenkuasa hibrid baharu, boleh pergi lebih 2000km tanpa henti

Pemerhati industri automobil menjangkakan pengumuman itu akan meletakkan tekanan kepada para pesaing BYD yang turut terlibat dalam menghasilkan teknologi yang sama.

Dalam pada itu, BYD melaporkan tren kuasa hibrid berkenaan akan dipasang pada dua buah model sedannya dan akan dijual dengan harga dibawah 100,000 Yuan.

Setakat ini, kenderaan yang dipasang dengan tren kuasa baharu berkenaan hanya akan dijual dalam pasaran China terlebih dahulu.

Bagaimanapun, BYD dijangka turut akan mengeksport model-model berkenaan ke luar negara selepas itu.Syarikat kereta terus bersaing hasilkan sistem kuasa yang lebih baik

Terdahulu, syarikat pengeluar kenderaan elektrik dan hibrid dilapor terus bersaing untuk menghasilkan sistem kuasa yang mampu menawarkan tempoh perjalanan yang lebih jauh.

Ia selepas ramai pengguna melihat jarak yang ditawarkan dan masa yang diperlukan untuk mengecas semula bateri kereta elektrik sebagai satu halangan untuk bertukar daripada kenderaan konvensional.

Source :