Dakwaan bayi didera pengasuh, polis buka siasatan

HENG Lee Shuan, 32, (kiri) dan suaminya mendakwa anak mereka didera pengasuh di sebuah taska di Bandar Mahkota Cheras. FOTO Saifullizan Tamadi.

Kajang: Polis menyiasat dakwaan bayi perempuan berusia 17 bulan didera pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan kes itu daripada bapa bayi berkenaan pada 7.36 malam Rabu lalu.

Katanya, dalam laporan lelaki itu yang juga pemandu e-hailing mendakwa anaknya diperlakukan dengan kasar ketika disuap makan, dengan rambutnya ditarik serta dipicit hidung.

“Dakwanya, akibat kekasaran itu hidung anaknya mengalami kecederaan dan pemeriksaan di hospital mengesahkan bayi itu mengalami ‘soft tissue injury’.

Source :