Terkini: Polis bawa ibu ke lokasi Zayn Rayyan ditemui

Kuala Lumpur: Ibu kepada kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen dilihat dibawa turun dari kediamannya menuju ke lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui.

-ADVERTISEMENT-

javascript:false

Ads by 

Suspek dilihat diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada 11.06 pagi menuju ke arah sungai.

Wanita berkenaan berpakaian lokap dilihat tertunduk ketika dibawa turun.

Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati pasangan tiba kira-kira 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.

Difahamkan, kedua-dua suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Sebelum ini polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh, susulan hasil bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Mayat Zayyan Rayyan ditemukan pada 9.50 malam, 6 Disember lalu ketika pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, sedang menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

Source :