Kompleks PKNS tidak terlibat dalam projek naik taraf pusat bandar Shah Alam
KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang tular kononnya Kompleks PKNS di Shah Alam akan dirobohkan. Agensi pembangunan milik Negeri Selangor itu berkata, ia kesal terhadap dakwaan tidak berasas tersebut kerana ia sama sekali tidak benar. Menurutnya, ia tidak ada perancangan untuk merobohkan kompleks yang sudah berusia lebih empat dekad itu….