Tentera Israel nafi serang konvoi bantuan
BAITULMAQDIS: Tentera Israel menafikan melancarkan serangan ke atas konvoi bantuan Gaza yang meragut nyawa warga Palestin. Sebaliknya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa, semakan pihaknya mendapati ramai rakyat Palestin maut kerana rempuhan dan dipijak sewaktu berpusu-pusu merebut agihan bantuan. Ketua IDF, Daniel Hagari, berkata majoriti rakyat Palestin terbunuh dan ada juga mengalami kecederaan. “IDF memuktamadkan semakan…