Ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah

Petaling Jaya: Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat anak kandung mereka, Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

  Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Source :