PADERBORN, JERMAN: Kylian Mbappe kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas hidungnya patah ketika menentang Austria bagi aksi pertama Euro 2024.
Pemain berusia 24 tahun dilihat mengenakan pembalut pada hidungnya ketika sesi latihan dan pada mulanya berlatih sendirian.
Namun, belum dapat dipastikan sama ada kapten Perancis itu boleh beraksi untuk perlawanan kedua menentang Belanda di Leipzig, awal pagi Sabtu ini.
Penyerang itu terpaksa dikeluarkan ketika berdepan Austria selepas bertembung dengan bahu Kevin Danso ketika cuba merebut bola di udara.
Kecederaan hidungnya yang patah itu disahkan hospital di Dusseldorf sebelum Mbappe kembali menyertai kem pasukannya.
Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) sebelum ini Mbappe akan memakai topeng pelindung muka.
Pemain itu dilayangkan kad kuning apabila kembali ke padang dan kemudiannya duduk sekali gus dianggap melambat-lambatkan permainan.
Danso menerusi platform X turut mendoakan supaya Mbappe dapat segera pulih dan bersimpati atas kecederaan yang dialaminya itu. -AGENSI